Friday, October 23, 2015

ANNAMESE CERAMIC

Tembikar batu Vietnam (Annamese Stoneware), yang dihasilkan pada abad ke 14M hingga 17M, mempunyai karekter yang istimewa dalam identiti dan sejarah penghasilannya. Para pembuat tembikar China berhijrah ke kawasan Vietnam dan menghasilkan tembikar-tembikarnya sendiri. Kemajuan teknik pembuatan di China berada pada puncaknya, namun hasil-hasil itu tidak dapat keluar dari China dalam peristiwa Ming Gap, menyebabkan pengusaha di Vietnam mengambil peluang perniagaan pengeluaran tembikar, namun tidak mencapai tahap teknologi porselin.

Dalam pengalaman mengenal pasti pelbagai tembikar, pernah suatu ketika, seorang pengumpul barang antik / seramik China memanggil saya datang ke kediamannya dan menunjukkan sejumlah tembikar "China". Namun berdasarkan karekter yang ada, saya nyatakan ianya bukanlah tembikar China, namun tembikar batu Vietnam. Pemilik tidak dapat menerima hakikat tersebut dengan alasan, koleksi tersebut mahal harganya dan dia percaya tembikar yang dikumpul dari China. 

Saya tidak meneruskan proses identifikasi tersebut kerana sejurus perjumpaan berlangsung, beliau berterus terang akan menyaman pihak yang menjual artifak berkenaan dan meminta secara resmi surat pengesahan dari saya. 

Memandangkan, saya dijemput secara pribadi, tiada apa-apa ikatan yang jelas, maka saya mengelak untuk mengeluarkan apa-apa surat pengesahan. Lagipun, pihak berkenaan tidak mendapat kebenaran daripada Universiti, yang sekiranya saya teruskan, dan berlaku apa-apa tuntutan, sudah tentu saya tidak boleh menjawab "atas kapasiti apa" anda melaksanakan tugasan ini? Sejarah telah pernah mengajar, bahawa kurator Muzium Seni Asia, pernah di bawa ke mahkamah akibat perbalahan dalam identifikasi artifak.  

Write-up ringkas berkaitan tembikar Vietnam ini boleh dilihat pada link berikut:- 
  
REFERENCE 1. 

http://www.tnm.jp/modules/r_free_page/index.php?id=557&lang=en

Beberapa link lagi khususnya di British Museum, boleh memberikan sedikit sebanyak gambaran awal tentang tembikar batu ini.

Berikut pula ialah tulisan J Spink, sumber yang sangat saya kagumi:-

REFERENCE 2

http://www.siamese-heritage.org/jsspdf/1971/JSS_064_1c_Spinks_ReassessmentOfAnnameseWares.pdf

REFERENCE 3 (ditambah pada 28/10/2015)

http://museum.cornell.edu/exhibitions/vietnamese-ceramics-menke-collection

Web Museum Cornell ini (ref 3)  menarik kerana 3 perkara yang boleh dijadikan rujukan:-

a) ianya sebuah muziumm universiti yang booleh dijadikan rujukan. Apa saja aktiviti dan pendekatan yang dilakukan oleh pengurusan muzium agar ianya terus relevan dengan universiti.

b) kaedah persembahan web yang sederhana, mudah dicapai dan difahami. Tidak terlalu sarat dengan info, sebaliknya, info disusun dengan cara yang lebih teratur. Warna yang nampak resmi dan kontemporari.

c) Mempunyai pameran khas 75 artifak dari Vietnam dari seorang pengumpul tembikar berkenaan.

REFERENCE 4

http://www.britishmuseum.org/research/collection_online/collection_object_details.aspx?objectId=3205822&partId=1&searchText=vietnam+pottery&page=1

No comments:

Post a Comment