Beberapa bilik mesyuarat dihilangkan untuk memberi ruang
kepada pameran seni di UM.
Write-up awal tentang program Galeri Seni UM dan Residen Artis di UM:-
PELUKIS
RESIDEN UNIVERSITI MALAYA
Inspirasi
awal yang membawa kepada kewujudan suatu program rasmi bagi aktiviti pelukis
residen telah dimulakan oleh Naib Canselor
Universiti Malaya , Profesor Diraja Ungku Aziz pada tahun 1971.
Pelukis
Residen yang pertama dilantik ialah Ibrahim Hussein. Sepanjang tahun 1971
sehingga 1978 , Universiti Malaya telah mengecapi suatu era penyuburan seni dan
kreativiti. Antara hasil karya terpenting yang diwarisi
dari program ini adalah sebuah mural berjudul Athletic yang dihasilkan di salah sebuah bangunan Pusat Sukan Universiti pada masa itu.
Kini
selepas melebihi tiga dekad , program ini dihidupkan semula oleh Naib Canselor
Tan Sri Dr Ghauth Jasmon dengan perlantikan Soh Boon Kiong. Pada tahun ini tiga
lagi pelukis telah menyertai program ini. Mereka ialah Mohd Yusof Ismail (Yusof
Gajah), Maamor Jantan dan Juhari Said.
UNIVERSITY
of MALAYA ARTIST IN RESIDENCE
The
University of Malaya Artist In Residence program was inspired by the Vice
Chancellor Royal Professor Ungku Aziz in 1971. The first artist invited was
Ibrahim Hussein, and he had contributed to the era of art appreciation and the
cultivation of creativity in the University from 1971 to 1978. Amongst the most
remembered public art produced during his tenure is the Athletic mural painted on one of the University Sport Centre building at the time.
Now
after three decades, the program is rejuvenated by the Vice Chancellor Tan Sri
Dr Ghauth Jasmon who has invited Soh
Boon Kiong . This year three more artists have been invited to join the program
and they are Mohd Yusof Ismail (Yusof Gajah), Maamor Jantan and Juhari Said.
KOLEKSI
M.F. HUSSAIN – KOLEKSI KHAZANAH UNIVERSITI
MF
Hussain (1916-2011) sempat melawat
Universiti Malaya di Singapura dua kali , pada 1959 dan 1964. Pelukis yang
dikenali sebagai Picasso India ini merupakan pelukis ikonik dunia yang juga
menimbulkan kontroversi sehinggakan beliau meninggalkan India dan menjadi
warganegara Qatar. Universiti
Malaya sempat mewarisi beberapa lukisan termasuk karya The
Birdcage dan Streetscene yang dilukis
pada tahun 1957. Karya Potret diri beliau yang amat unik , kini menjadi
khazanah terpenting Universiti ini.
THE
MF HUSSAIN COLLECTION – THE UNIVERSITY’S TREASURED COLLECTION
MF
Hussain (1916-2011) had visited the University Malaya in Singapore twice, in
1959 and in 1964. The artist known as the Picasso of India is renowned for both
his iconic and controversial status in the art world . He has left India to
reside in Qatar where he received citizenship.
The
University today inherits several of his paintings, The Birdcage, and Street Scene which was executed in 1957, and the most unique being the 1964
self-portrait.
GALERI
SENI UNIVERSITI MALAYA
Bermula
tahun 2011, Galeri Seni Universiti Malaya atau dikenali juga sebagai University
Malaya Art Gallery ( UMAG ) merupakan sebuah warisan budaya yang bakal menjadi sebuah
ikon Universiti menerusi kajian,
pemeliharaan , pemuliharaan, pameran,
penafsiran dan pembangunan koleksi . Galeri ini akan mengadakan pelbagai
pameran tempatan dan antarabangsa yang disokong aktiviti pembelajaran kreatif buat khalayak
pelbagai umur, dari yang baru mengenali seni sehingga pakar seni.
Misi
Galeri Seni Universiti Malaya adalah supaya seni visual menjadi pengalaman penting
warga kampus memperdalam pengetahuan seni dan budaya; menyediakan destinasi kelas
dunia kepada komuniti tempatan,
serantau, kebangsaan dan antarabangsa. Justeru , ia menjadi gerbang awam kepada
sumber keintelektualan universiti. Antara pelukis terkenal yang membentuk
pengkalan ilmu Universiti termasuk Chen Wen Hsi, Chuah Thean Teng, M. F. Hussain, Syed Ahmad Jamal, Abdul Latiff Mohidin , Lai
Fong Moi, Ahmad Khalid Yusoff dan Chia Yu Chian.
UNIVERSITI
MALAYA ART GALLERY –UMAG
Initiated in 2011, the University of Malaya Art Gallery (UMAG) is a cultural legacy envisioned to be an icon of University of Malaya (UM)
through the study, preservation ,conservation , exhibition, interpretation and
development of its collections and
also the exhibition of works by local
and international artists, supported by
creative learning activities
aimed at diverse audiences across ages from the uninitiated to the expert.
The mission of the University Malaya Art Gallery
(UMAG) is to make the visual arts an essential part of the experience of all
University Malaya community; to advance knowledge of art and culture; to serve
as a world-class destination for the
local, regional, national, and international communities; and thus to act as a
public gateway to the University's intellectual resources. The renowned artists
whose works serve as the intellectual database include Chen Wen Hsi, Chuah Thean Teng, M. F . Hussain, Syed Ahmad
Jamal, Abdul Latiff Mohidin , Lai Fong Moi, Ahmad Khalid Yusof and Chia Yu
Chian.
|
No comments:
Post a Comment