Monday, October 26, 2015

FESTIVAL GAMBUS SERANTAU 2015 NOTA 4: TALI DAN LUBANG NYAWA

Saya antara orang yang bernasib baik, diberi kesempatan oleh Jabatan Muzium Malaysia, bagi menjalankan satu penyelidikan di bawah Penentuan Fakta Sejarah Negara dari 2008 - 2010, di bawah penyelidik utama Kamarudin Zakaria.

Ijazah, tidak semestinya mencerminkan kerjaya anda. Dari seorang arkeologis yang bergelumang dengan tanah dan tahi kelawar, yang sudah mati, namun dapat juga menterjemah data-data lapangan yang masih hidup. Pelaku budaya yang ditemui, iaitu masyarakat suku kaum Brunei Sabah yang mendiami hampir keseluruhan kawasan pantai Sabah.

Bongawan, merupakan pusat budaya Melayu Brunei, yang sangat berpotensi untuk memiliki identiti sendiri, khususnya melalui kesenian gambus.

Majlis-majlis pernikahan, keraian kerajaan dan di hotel-hotel telah mulai dipenuhi oleh muzik dan dendangan lagu-lagu Melayu Brunei.

Keunikan gambus Melayu Brunei, yang dapat saya kesan adalah dari segi teknologi bunyi yang menjadi rahsia kehebatan pantingan gambus mereka. Tali dan Lubang nyawa dalam Gambus Masyarakat Melayu Brunei Sabah.

Berikut adalah foto-foto yang diambil yang menunjukkan tali dan lubang nyawa Gambus Brunei Sabah.

Tali nyawa - yang terdapat dalam gambus seludang hasil karya
Pak Tajul Munchi, Kg Pimping, Sipitang Sabah.   


Lubang Nyawa (tiga lubang di bahagian perut gambus). Gambus selindang,
karya Malai Ali Malai Osman, Kg Manggis, Papar, Sabah. 

No comments:

Post a Comment