Draf 1 (25.10.2015), tidak dibenarkan mengutip isi kandungan dan memuat naik semula foto tanpa izin penulis. AAR.
Berikut ini sebuah gambus yang saya jumpai semasa penyelidikan Pengesahan Fakta Sejarah Negara, Jabatan Muzium Malaysia di Sabah. Kira-kira tahun 2009. (Nama ketuanpunyaan dan tarikh akan disemak untuk ketepatan).
Lokasi jumpaan di Lubok Weston, Papar Sabah, kepunyaan seorang Melayu Brunei Sabah. Foto adalah dari kamera sendiri, manakala foto yang lebih teratur ada dalam simpanan Unit Fotografi dan Multi Media, Jabatan Muzium Malaysia.
Gambus-gambus tradisi masyarakat Melayu Brunei ini mempunyai persamaan ciri dengan gambus Yaman yang dikenali sebagai oud.
Beberapa ciri yang utama ialah:-
1. Diperbuat daripada sebatang kayu yang dikeruk dan bahagian kepala gambus dihiasi dengan pelbagai ornamen seperti burung, binatang-binatang atau ragamhias bunga-bunga tertentu yang di gayakan.
2. Gambus Masyarakat Melayu Brunei berekor.
No comments:
Post a Comment