Antara hasil peninggalan beliau ialah sejumlah artifak kesenian Melayu termasuk tembikar-tembikar tanah. Dalam buku Rupa dan Jiwa, edisi asal, kulit berwarna emas, disebutkan tentang beberapa tempat menghasilkan tembikar khususnya di Semenanjung.
Pada penjejakan semula tempat-tempat pembuatan tembikar tersebut, hanya 5 tapak yang saya temui iaitu:-
1. Kampung Seri xxxx, kira-kira 40 minit memudik Sungai Kelantan dari Kuala Kerai (Tangga Bradley atau tangga Kerai). Tidak dapat dipastikan, apakah kampung ini masih wujud atau sekiranya kampung ini masih wujud, apakah aktiviti pembuatan tembikar diteruskan atau telah berkubur,
2. Kampung Kepala Bendang, Sayong, Kuala Kangsar
3. Kampung Pasir Durian, Jerantut, Pahang.
4. Kampung Temin, Jerantut Pahang.
5. Kampung xxxx di Perlis. Tidak lagi ada pembuatan tembikar tetapi ada seorang pewaris keluarga yang membuat tembikar di sana.
Salah satu tempat yang tidak dapat saya jumpai ialah tapak pembuatan tembikar di Kampung Alor Merah, Sungai Dua, Seberang Perai, Pulau Pinang. Berikut adalah foto tembikar tanah, yang berbentuk bulat, yang sering dikenali sebagai periuk tanah. Dalam catatan Syed Ahmad Jamal, artifak ini dikenali sebagai Belanga. Berikut adalah foto artifak berkenaan, koleksi Muzium Seni Asia, Universiti Malaya.
No akses koleksi ini : UM.79.130B. Belanga. Hasil buatan Puan Zainab Mat Saman, dari Alor Merah, Sungai Dua, Seberang Perai, Pulau Pinang. |
1. Kg Mambong - About 45 min boat ride from Kuala Krai. Currently 2 kilns are still active. Signature product - Belanga & Periuk Kukusan.
ReplyDelete