Thursday, October 22, 2015

CATATAN KURATOR 1: TUAN HAJI ARIS ATAN - PENGKHATAT

Semalam, TH Aris Atan, dahulunya seorang artis konvensional, melukis potret dan pelukis grafik yang kini memberi tumpuan kepada seni kaligrafi datang ke pejabat untuk satu urusan berkaitan galeri. Salah satu hasil tangan beliau yang dikenang sepanjang zaman ialah logo Universiti Kebangsaan Malaysia yang dicipta sekitar tahun 1970an (perlu rujukan lanjut).

Di sela-sela kepenatan menyelesaikan tugasan, saya mengeluh kerana pening.

"Cuba kau berwuduk, biasanya dengan berwuduk, pasti ada ketenangan..." kata beliau.

Setelah ke bilik air, terasa sejuk di muka dan ubun-ubun. Wah, aku percaya, wuduk adalah terapi yang baik untuk membantu meringankan permasalahan.

Apatah lagi, dengan solat dua rakaat, sudah tentu pertolongan ada di situ!

Haji Aris Atan dijangka akan bersama pelajar Kolej Kediaman ke-10, Universiti Malaya pada Sabtu, 31 Oktober 2015 dalam bengkel seni khat kufi. Sila hubungi Muzium Seni Asia, Universiti Malaya untuk keterangan lanjut:

Telefon: 03-79673805 / 03-79673936.
Fb: Muzium Seni Asia / Galeri Seni Universiti Malaya

#Siapa Aris Atan, apa karya-karya awal beliau, sejak bila beliau mula menekuni (berubah kepada) seni kaligrafi?
Pada awal penglibatan Hj Aris Atan ke dalam dunia seni apabila beliau masih bertugas di Lembaga Pendudukan Negara (LPN) sebagai pelukis potret. Beliau mendapat didikan dari Hossein Anas, dan bergiat di Angkatan Pelukis Malaysia sekitar 1970an.
Kenapa atau apa yang menyebabkan perubahan itu?
Apa pandangan beliau terhadap kaligrafi kontemporari?
Sejak bila dan apa saja karya-karya beliau?

No comments:

Post a Comment