Tuesday, November 3, 2015

MESYUARAT PEMASARAN PERSATUAN MUZIUM MALAYSIA


Mesyuarat Pemasaran Persatuan Muzium Malaysia, di bawah pengerusi Dato Hj Khamis Hj Abbas, telah dapat dilaksanakan pada 2 November 2015, Isnin, 9.00 - 1.00 tengahari di Jabatan Muzium Sarawak. Beberapa pengarah muzium negeri atau wakil hadir termasuk Muzium Kelantan, Muzium Yayasan Warisan Johor, Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM, Muzium Negeri Kedah, Muzium Selangor (PADAT), Muzium Negeri Pahang, Muzium Sarawak, Muzium Melaka (PERZIM), Muzium Seni Asia, UM, Muzium Matawang, Bank Negara Malaysia dan Muzium Tentera Darat.

Lawatan ke Kampung Budaya di Santubong

Drs Kamarudin, dari Yayasan Warisan Johor
 Taklimat pembangunan Jabatan Muzium Sarawak - berkaitan dengan pembangunan muzium baharu, pembaikan kubu-kubu dan sebagainya sehingga 2020, nampaknya sungguh memberangsangkan. Konsep pembelajaran - Campus Museum Sarawak, memberi penekanan kepada peranan masyarakat.
Dato Hj Khamis  (Perzim) dan Dr Zulkurnian Hassan (MGTF USM)

Banyak info baru yang telah dikongsikan termasuk :-

1. 2016 akan dimulakan program 1 Murid 1 Muzium, Sejauh mana muzium bersedia dengan keadaan yang baru? (Dato Hj Khamis & JMM)

2. Penggunaan peralatan digital, touch screen dan sebaginya, perlu memikirkan juga tentang kos penyelenggaraan, kemampuan pembekal menyediakan after sales service dan sebagainya. (Wakil dari Sasana Kijang, Muzium Bank Negara)

3. Dalam keghairahan melantik konsultan pembinaan muzium, adalah dinasihatkan berhati-hati kerana, kitalah orang yang dipertanggung jawabkan nanti apabila projek tidak berjalan lancar. (Wakil dari Muzium Bank Negara)

4. Pemasaran melalui kerjasama pihak Jabatan Pendidikan Negeri - muzium perlu agresif dalam mendapatkan "pengiktirafan" sehingga dimasukkan ke dalam daftar "lokasi layak dilawati". (USM, Zokurnian Hassan).

5. Hari Muzium Antarabangsa 2016, akan disambut di Kedah. (En Suhaidi).

6. Muzium Seni Asia, UM - mendapatkan kerjasama dan penajaan daripada kedutaan-kedutaan di Kuala Lumpur. yang berjaya diadakan ialah dengan New Zealand, Canada, India, Mongolia, Venezuela, Peru dan Russia.

7. Update berkaitan aktiviti permuziuman boleh dimaklumkan kepada J/K Pemasaran Muzium, Persatuan Muzium Malaysia yang dipengerusikan oleh PERZIM. Tiada email tertentu yang dimaklumkan untuk update aktiviti permuziuman ini.

8. Muzium Angkatan tentera Darat, antara tumpuan pelancong di Negeri Sembilan. Pelbagai aktiviti sedang dirancang untuk merancakkan lagi jumlah lawatan di muzium berkenaan.

9. Dimohon juga, ahli persatuan muzium agar mewujudkan dan menghidupkan aktiviti sukarelawan muzium di muzium masing-masing. 


       

No comments:

Post a Comment