Festival anjuran Jabatan Muzium Malaysia, membina semula warisan yang tidak diberi perhatian yang serius oleh banyak pihak. Jabatan Muzium mengambil inisiatif untuk memperkenalkan semula kerana memikirkan warisan ini sudahpun hampir pupus ditelah zaman. Tanpa pemuliharaannya, maka akan hilanglah sebuah kebudayaan tinggi yang berharga.
Selain daripada terancam pupus, seni gambus diberi perhatian semula oleh Jabatan Muzium ekoran daripada beberapa faktor yang lain seperti telah wujudnya sumber-sumber rujukan yang semakin mantap terhadap seni gambus, pemuliharaan tradisi cross cultural dan sumbangan Penyelidikan Pensahihah Fakta Sejarah Negara yang mula ditelusuri oleh sekumpulan penyelidik dari UM, UPSI, UKM, UNIMAS dan Persatuan Masyarakat Melayu Brunei Sabah sejak 2008-1011.
Sejumlah dapatan baharu, membawa kepada kesedaran kepada pengurusan yang peri wujudnya satu tradisi yang perlu dilestarikan.
No comments:
Post a Comment