Sejumlah catatan boleh dibuat untuk sebuah perjalanan. Selain daripada melaksanakan tugas : Pameran Wayang Kulit Dollah Baju Merah dari Koleksi Muzium Seni Asiam, perjumpaan, lawatan dan pembelajaran dari rakan-rakan senior amat memberansangkan. Inilah Kampus National Cheng Kung University, (NCKU) yang membawa maksud universiti cemerlang. Ia mengambil nama pahlawan terbilang China yang membuat penyerangan dan pertahanan negara China suatu ketika dahulu.
|
Ruang hadapan kampus, terletaknya NCKU Museum. Bekas bangunan lama Jepun yang memerintah negara tersebut lebih kurang selama 50 tahun sebelum perang dunia ke 2. |
Pada setiap 11hb November setiap tahun adalah ulangtahun penubuhan NCKU (dies natalies). Tahun ini adalah sambutan yang ke 86 penubuhan Universiti berkenaan. Saya dan Pengarah Pusat Kebudayaan (PM Dr Nasir Hashim) dan Ketua Pustakawan Universiti Malaya Dr Nor Edzan Che Nasir, diberi penghormatan untuk ikut serta dalam perarakan sambutan tersebut di stadium NCKU, tidak jauh dari stesen keretapi Tainan.
|
Staf muzium NCKU, setelah selesai lintas hormat. |
|
Dr Nasir, kiri sekali bersama beberapa staf Muzium NCKU (berbaju purple). |
|
Berjumpa dengan beberapa pelajar Malaysia yang sedang mengikuti kursus-kursus kejuruteraan elektrik di NCKU, |
|
Hampir seluruh ruang antara bangunan diletakkan public sculpture. Antaranya dibuat oleh
bekas-bekas pelajar Universiti ini. |
|
Sudut lain di belakang salah satu asrama pelajar. |
|
Bekas kubu pertahanan yang dipulihara. Kubu ini hasil peninggalan pemerintahan kerajaan yang silam, di mana lokasi NCKU sekarang berada dalam lingkaran pertahanan kubu berkenaan. |
|
Dua buah public sculpture yang dibuat oleh artis ternama negara berkenaan, bahan batu hitam, aksi Tai Chi.
Ia adalah pinjaman dari artis berkenaan. |
No comments:
Post a Comment