Festival Gambus Serantau anjuran jabatan Muzium Malaysia, dari 20-30 November, telahpun berlalu. Sedikit catatan berkaitan dengan sebahagian daripada bahan pameran di galeri pameran adalah dari hasil penyelidikan yang telah saya laksanakan dari 2008-2011, iaitu projek Penyelidikan Pengesahan Fakta Sejarah Negara, tajaan Jabatan Muzium Malaysia. Sejak Mac 2015 yang lalu, saya dilibatkan dalam pasukan produksi festival ini - dilantik sebagai pakar rujuk Gambus Sabah. Apa sajalah jawatan yang diberi, yang penting, hasil-hasil penyelidikan dapat diangkat ke permukaan.
Empat orang pembuat gambus yang saya namakan dan saya rujuk selama melaksanakan penyelidikan gambus Sabah, telah diangkat sebagai tokoh gambus. Syukurlah, cuma seorang yang tidak dapat hadir, iaitu Pak Malai dari Kg Manggis, Papar, tidak dapat hadir kerana sudah uzur. Pak Tajul Munchi, Nyian Awang Basar dan Pak Malau (Sulaiman Jabidin) dapat menghadirkan diri dalam keadaan yang mulai uzur juga.
Awang Besar Pengiran Apong, (Pak Nyian) Kg Sri Serbang, Bongawan, Papar, Sabah.
Dalam bengkel Pak Nyian |
No comments:
Post a Comment